Wednesday, 14 January 2015

Tazkirah - Iman dan Nafsu.

Okay I'm feeling all heebie-jeebies, breaking cold sweats now.

I'm the last person in the world who deserves to be giving one. And my naqibah just gave me a task. To give a tazkirah subuh for our gathering the day after tomorrow, entitled Iman dan Hawa Nafsu. So here I am googling stuffs and I guess I'll write my 'speech' here.

ARGH NERVOUSSSS

Okay so lets start being serious, tazkirah from my humble self.

Semua orang dalam dunia ni pernah buat dosa, there's no doubt to that. Innocent mana pun, there must be so many points in life where we actually realise what we do is wrong but we continue anyways, or sometimes we try to stop ourselves from doing it yet fail miserably and do it anyways, and regret later.

Since we're all girls, I think we should focus more on nafsu yang macam nafsu shopping, nafsu makan, nafsu cuci mata, nafsu marah. Not saying that girls takde nafsu syahwat (which is what my poor Googling skills shows me all about), but we've a lot more other nafsus that are even much harder to control.

Nafsu ni, it's like a wild animal and iman kita tu ibarat pagar, pagar yang surround hati kita. Kalau pagar tu lembik, tak kuat, bila kena attack senang je la dia jatuh kan?

Sabda Rasulullah SAW, "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut  pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil ketika susah dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara lain yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan  kagum seseorang dengan dirinya sendiri." (Riwayat Abu Syeikh)

Lawan nafsu ni memang bukan benda senang. Take anger for example. I'm not a very patient girl myself, I admit that I'm kinda hot-tempered. It's like inside of me, senang je nak keluar ayat maki bila ada orang kurang ajar, but of course tu semua nafsu. Kadang-kadang boleh control, kadang-kadang bila tak boleh control tu Allah je tahu, lepas tu menyesal sendiri.

And... okay let's elaborate on some other nafsus.

Nafsu shopping. Ha especially kat India ni kan, online shopping dia bukan main efficient tau, order harini esok lusa sampai, nak return ke exchange? One click away je, mantop. Haha k. So macam kadang-kadang tak sedar seronok je click click click pastu hujung bulan mcm ya Allah beribu habis shopping benda merapik oii (in rupees okay, kalau ribu ringgit tu memang layak nangis darah la). Tapi dalam masa kita control nafsu shopping ni, jangan la pulak berkira melampau, sampai macam menyusahkan memudaratkan diri sendiri pulak kan. Too much of anything is never a good thing. Just kena sentiasa beringat la, reason yourself before you do something.

Pastu nafsu makan. Ni macam nafsu segala kejahatan la (for me) haha. Makan tu macam sampai kenyang gila, pastu mula lah mata berat (ni dah boleh masukkan nafsu tidur jugak), tidur dengan lena nyenyaknya, pastu bila bangun dah membazir banyak masa kat situ, masa study ntah ke mana, tanggungjawab lain semua ke laut. Tapi benda ni kita sebenarnya memang kena control la, makan ikut meal time. Breakfast, lunch, dinner. Paling penting stop before kenyang macam ular sawa takleh gerak.

Macam dah banyak je example, or okay maybe one more. Nafsu cuci mata. Jeng jeng jeng. Ni macam bull's eye kena kat diri sendiri. Lagi la baru balik travel Europe kan, mamat kat Italy wehh (HAHA okay okay lets not get there) but you get my point. Jaga pandangan ni, kalau kat India ni inshallah tak susah sangat la. Alhamdulillah dapat study India kan, Allah nak protect mata I ni ha. Benda ni sebenarnya kalau hati tu memang purely suci rasanya macam takkan tertarik pun nak tengok muka lelaki lelaki kacak ni, kalau dah asyik duk berangan nak kahwin lelaki handsome mana tak cuci mata tu jadi habit kan. Haaa luka hati berdarah ni, kena practise lagi pergi travel Europe tanpa cuci mata (alasan nak travel lagi ni mungkin). Sesiapa nak suggest penyelesaian kepada masalah ini? Haha.

Eh, lagi satulah. Maybe I should involve about nafsu syahwat. Let's not get to the K-Pop hugging the malay girls issue. It bothers me, but what bothers me more is what I always see on Instagram. Hijabista hijabster semua ni sekarang trend, so perempuan pakai tudung memang ramai. It's a good thing, alhamdulillah, hopefully everyone got their intentions right. Tengok gambar macam dah kahwin, peluk sana cium sini, sekali caption "Tak sabar for our wedding in August!". Malu rasa. Malu tengok gambar tu, malu dengan comments yg cakap "Aww sweetnya" "#relationshipgoal". Wehhhhh apa ni. Captions gambar lain beriya preach, bila dengan boyfriend all the preachings apa jadi? Maybe aku macam tu jugak, semua benda aku tulis kat blog ni, in this post itself, aku tak mampu sangat nak ikut semua tu. Tapi, ish, ntah la.

Ikut kata-kata Imam Ghazali, ada 3 golongan manusia dalam kes nafsu ni;

1) Telah menyerah kalah
Ni macam memang tak try pun lawan nafsu dia, dia layan je semua nafsu dia nak. The group which most people are now in. Nauzubillah, takut kan, mintak kita dijauhkan dari group ni. Firman Allah SWT (Al-Jatsiyah : 23)
"Maka pernahkan kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya?"

 2) Sedang dan Sentiasa Berperang
Group ni dia kadang menang, kadang kalah. Always fighting the hawa nafsu, always try tapi being a normal human being yang memang selalu khilaf, susah kan nak lari dari buat dosa. Hmm

3) Menang
Golongan ni memang in total control of hawa nafsu diorang. MACAM MANA NAK SAMPAI SINI?!

Haa so so so golongan manakah anda? Ha muhasabah diri kan, berusaha untuk jadi golongan ketiga, tak mudah tapi tak mustahil (Cakap senang la bro!) (Takpe takpe try sikit sikit okay?)

Okay. So nafsu ni kalau nak terus buang memang tak la kan. Not memang tak la tu jangan buat, kalau boleh buat bagus, tapi susah oii. Bayangkan every month beli baju 10 helai, tiba-tiba nak kena terus stop beli. Memang la susah kan. So maybe boleh start dengan sikit-sikit. Like daripada  menghadap online shopping berjam-jam, kurangkan jadi sejam ke setengah jam je  ke, masa selebihnya tu focus on ibadah, baca quran ke tak pun something beneficial like going out for a walk ke riadah. Jangan pulak walk ke shopping mall ye -.-'

Haa so dah cukup la kot tu kan. Sebenarnya kan, rasanya kalau iman tu memang kuat, jihad lawan nafsu ni tak susah. Bayangkan kalau dalam hati kita ni cinta kita kat Allah memang sungguh sungguh, memang sayang tu cinta sejati cinta mati, mesti sanggup dengan senang hati kan nak control nafsu tu. Mungkin masih banyak dunia dalam hati, cinta kat Allah tu belum sampai tahap total, still berdolak dalih cinta untuk Dia dengan cinta untuk dunia. Susah, tapi tak mustahil. So jom pimpin tangan dan kita kena sama-sama berusaha menuju kejayaan! HAHA macam pelik ayat last ni.

I guess I'm done. I hope it's beneficial though filled with so many craps in between. I'm not good at this T_T

Okay bye assalamualaikan uols xoxo

No comments: