Seringkali aku lalai kerananya, kerana cinta kepada si manusia. Sungguh, aku kerap mengingatkan diri, biarlah cintaku hanya untuk Dia Yang Satu. Tetapi aku hanya manusia yang lemah, aku selalu tewas dengan godaan syaitan laknatullah, dengan hawa nafsuku sendiri. Aku jatuh cinta kepada seorang manusia bernama jejaka, dan ia bukanlah kali pertama. Aku hairan dengan diri sendiri; "Tidak jemukah kau disakiti berulang kali, atas sebab dan cara yang sama, juga oleh jejaka yang sama?"
Kini aku kembali sedar. Juga, ini bukan kali yang pertama. Tanyalah sahabatku di sekeliling. Pasti mereka sudah muak dan bosan dengan cerita cintaku dengan si dia. Acap kali aku katakan, "Aku akan lupakan dia," dan setiap kali aku gagal. Aku lemah dengan pujukan darinya, bisikan suaranya, aku lemah dengan sentuhannya.
Kini aku kembali sedar, lebih baik dari sebelum ini. Aku sedar, mungkin memang takdir kita tidak akan bersama. Terlalu banyak ranjau dan duri kutempuhi, tetapi yang ku dapat hanyalah tangisan hati luka. Aku sedar, kekadang Tuhan memisahkan kita dengan orang yang disayangi kerana Dia menyayangi kita jauh lebih dari itu. Dia mahukan yang terbaik untuk kita.
Jadi biarlah warkah ini menjadi muka surat terakhir kisah percintaan kita yang tidak pernah ada permulaannya. Biarlah kisah cinta duka ini disambung dengan kisah persahabatan yang lebih ceria. Kerana kali ini, jauh sekali dari rencanaku untuk terus memutuskan perhubungan kita, biarlah kita kekal sebagai kawan, sebagai sahabat. Semoga kau berbahagia di samping gadis yang sangat kau cinta, cubalah untuk setia. Aku? Biarlah Dia menentukan segalanya :)
Tuesday, 9 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment